Tolong Klikk , TQ !!! :-)

Sunday, 16 April 2017

Servis Axia kali ke-4



Setelah hampir seminggu  lebih membuat temujanji untuk servis kereta, maka pada petang kelmarin  ( 15 APRIL 2017), sebaik sahaja jam di tangan menunjukkan 2.30 petang, saya sudah sampai di pusat servis Perodua.

Setelah berbincang  dengan servis adviser, maka saya pun menunggu kereta di servis.  Apa yang di servis kali ini, ialah selain menukar minyak engin, gasket. Meraka juga akan mencuci "body engin" dan juga nozzle pembakaran. ( kata servis adviser ).  air bateri & angin tayar masih ok katanya. Saya nak minta mereka pamkan gas nitrogen kepada keempat -empat tayar, tetapi ada sedikit masalah dengan ketiadaan pekerja yang membuat perkara teersebut

Saya juga memaklumkan beberapa masalah seperti, tuil bonet belakang yang rosak & menggantikan plastik cover di bahagian cermin depan sebelah kiri. - plastik tu kecil je, nak tukar sebab keadaannya yang tidak rapat., nampak tak cantik. tak tahu berapa kosnya nanti. 


Setelah siap, semua caj yang dikenakan adalah berjumlah RM 232.++ ( tiada  caj upah percuma lagi !!)


Semasa memandu pulang, terasa kelancaran enjin 1.0 axia ni... cuma yang tak puas hati, plastik cover yang saya cakap di atas, masih belum berganti, mungkin mereka tak faham bahagian mana yang saya maksudkan. Lepas ni, mungkin kene snap gambar dan tunjukkan, baru lah sampai mesej tersebut !!!

p/s:  next servis pada bulan oktober 2017 !!!


Saturday, 5 November 2016

Cermin Tingkap patah.


Salam maya....

Begitulah lumrah kehidupan ini, risiko di jalan raya tiada siapa yang tahu melainkan Allah swt. Samada kita melanggar atau kena langgar..

Berkait dengan topik di atas, sewaktu menghantar anak ke sekolah, sebuah van berdekatan turut menghantar pelajar sekolah. Biasa la budak2 sekolah nie, kekadang main hentam keromo je... 
Pintu van dibuka dengan kuat, lantas menhentam cermin sisi bahagian pemandu kereta axia..

Apa lagi, keadaan menjadi hingar dan riuh seketika. Setelah berbincang pemandu van terbabit bersetuju untuk menangung kos baik pulih cermin tersebut, syukurlah..

Cuma disebabkan saya memilih untuk membuat baik pulih itu di pusat servis berhampiran, kena la tunggu sedikit masa. 

Alhamduliilah pada khamis lepas, 3/11/2016 selesai juga urusan baik pulih tersebut. Melihatkan resit pembayaran kos adalah  lebih kurang RM 3++.++  (RM:  tiga ratus lebih )

Hmmm... dii masa ekonomi tak berapa baik nie... setiap ringgit sungguh berharga..






Gambar ihsan rakan blogger http://tintamalam.blogspot.my/

Saturday, 1 October 2016

Servis Axia kali ke Dua 2016


Salam  siber buat semua...

Tanggal pada 1 Oktober 2016 nie, cukuplah masa nya untuk aku menghantar perodua Axia  untuk di servis kali ke-2. (walaupun meter miilegae tidak mencapai 17000 , tetapi tarikh nye sudah sampai)Hmm temujanji menerusi telefon sudah pun di buat lebih kurang seminggu yang lepas.

Sampai je ke SC ( Servis Centre), parking kereta dan masuk untuk register. Jam di tangan menunjukkan lebih kurang pukul 8:3++ am ... sementara  menunggu untuk dipanggil oleh SA ( servis Advisor) , sememangnya di situ telah disediakan sarapan secara ala-kadar  dengan percuma. 

Walaupun secara ala kadar, sebungkus nasi lemak sebiji karipap serta secawan kopi 3 in 1 ( bancuh sendiri) sudah cukup mengenyangkan.  Apa bila nama dipanggil oleh SA,  segala butiran yang akan di servis beserta jumlah harga di perjelaskan dengan detail kepada aku. Air bateri aku bawak siap2 balance masa servis haritu. 

Untuk servis kali ini, tiada lagi upah percuma, semuanya berjumlah lebih kurang RM 259.++ termasuk kos mengepam masuk gas nitrogen ke-empat2 tayar.  Lebih kurang hampir pukul 10 pagi semuanya telah selesai...

Alhamdulillah.... bolehlah bergerak untuk memenuhi masa cuti ini.. oh ya... lupa lagi saya uintuk snap gambar untuk di masukkan di sini..  Sebelum terlambat kepada semua muslimin dan muslimat .....

                                SELAMAT TAHUN  BARU 1438H.....

Monday, 28 March 2016

Axia service for first 3 month


Pada 26/3/2016 lepas, genaplah usia axia aku 3 bulan.  setelah 3 bulan berlalu ianya berjaya mencatat pemanduan sejauh 7007 km ( tak sampai pun 10k KM)

Apa yang diservis pada kali ini ialah menukar  minyak enjin, minyak gear, tambah air batteri, oil filter....  Hmm kesemuanya berjumlah RM212  tak termasuk upah...  ( upah free of charge utk kali ini sahaja !!!)

So, next servis ialah pada bulan 9/2016 nanti...

So far so good... cuma  oil comsumption masih tak puas hati kerana tak dapat 21 km per liter seperti yang depa iklan kan... cuma dapat dalam 15 km/liter jek...

Apapun bersyukur di atas apa yang ada...

ok, jumpa lagi... ( lupa nak snap gambar)...

Wednesday, 16 December 2015

SERVIS AXIA KALI PERTAMA


SALAM MAYA....

PADA 15/12  LEPAS... CUKUPLAH TEMPOH UNTUK KERETA AXIA AKU UNTUK DISERVIS BUAT KALI PERTAMA ,,,, SETELAH MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN PIHAK SC  ( SERVICE CENTRE), MAKA PADA WAKTU NYA SAMPAI LAH  DI SC TERSEBUT....

WOW, RAMAI JUGAK ORANG YANG DATANG UNTUK BUAT SERVIS KERETA PAGI NIE.. 

SETELAH DAFTAR MASUK, AKU PUN SEPERTI ORANG LAIN DUDUK MENUNGGU DI RUANG YANG DI SEDIAKAN SEBELUM NAMA DIPANGGIL UNTUK PROSES SETERUSNYA.

RUANG MENUNGGU  DI SC NIE, MMG SELESA, ADA TV DENGAN SIARAN ASTRO DAN JUGA SARAPAN PAGI !!!! BEE HON, KUIH MUIH, TEH DAN KOPI 3 IN 1, SERTA AIR PANAS /SEJUK TEMASUKLAH JUGA AISKRIM !!!

SAMBIL MENUNGGU LANTAS AKU PUN MENYELAK AKHBAR HARI INI UNTK MEMBACA BERITA.  ANTARA YANG MENARIK PERHATIAN AKU IALAH ADA MAKLUMAT TENTANG AXIA SEPERTI  GAMBAR DI BAWAH NIE...

HARGA AXIA STANDARD G BAKAL NAIK LAGI RM1500 !!!
 
LUPA  PULAK NAK BERI TAHU, UNTUK KALI PERTAMA NIE, 5000 KM ATAU 3 BUILAN PERTAMA, SEMUANYU PERCUMA.  JURUTEKNIK CUMA BUAT INSPECTION SAHAJA...
NEXT SERVIS ADALAH PADA BULAN 3 ./2016 PULAK... SEKIAN DULU !!

 
P/S: KENA DATANG AWAL. KALAU BOLEH PUKUL 830 PAGI . SEBAB FAKTOR MASA DAN KESESAKAN.. ADA ORANG DARI JAUH PUN SANGGUP DATANG KE PUSAT SC NIE!!!

Wednesday, 21 October 2015

HARGA PERODUA AXIA NAIK BERMULA OKTOBER 2015

Salam maya....

Sebenarnya dah lama nak  hebohkan berkenaan tajuk di atas.. Antara sebab saya menempah kereta axia agak "awal" adalah kerana faktor jangkaan kenaikan harga kenderaan tersebut...

INI BUKAN KERETA SAYA... TAPI WARNA SAMA.. :-)
kredit kepada: pandulaju.com & forumer cari.com

Setelah mendapat kereta agak cepat, iaitu taksampai  sebulan, Bulan berikutnya, iaitu oktober telah berlaku kenaikan harga terhadap model axia ini. Model yang terlibat adalah hanya model varian  standard G. bagi model2 yang lain harga tidak naik. ( agak banyak juga kenaikan tersebut, sekitar rm900++)
Sila lihat rajah di bawah...

KREDIT  kepada pandulaju.com & forumer cari.com

IHSAN DARI GOOGLE



Pemanduan Axia jimat minyak !!!


Salam Maya,..


Setelah lebih kurang 3 minggu menggunakan kereta axia. Apa yang dapat dikongsikan ialah, suatu pemanduan yang selesa dan menjimatkan. Start daripada mula2 ambil kereta di showroom Perodua, minyak yang telah diisi penuh hanya tinggal separuh sahaja setelah  kira2  dua minggu lebih menggunakannya. Baki minyak masih ada lagi. Cuma saya lupa nak chek kadar penjimatan tersebut untuk di letakkan disini.

Nanti saya coretkan lagi berkenaan dengan penjimatan minyak..

p/s: entry nie  lambat di postkan...sepatutnya entry nie sebelum post " REVIEW PERJALANAN  SEJAUH  66.6 km"... harap maklum..