Tolong Klikk , TQ !!! :-)

Friday, 21 September 2018

Roadtax axia 2019



Tetiba telefon berdering... En. Amir wakil takaful memaklumkan untuk buat insurans kete lebih awal bagi mengelakkan caj SST ... so... kira punya kira... 

Tadaa  ....total renewal insurans = RM 470. ( lebih kurang) - roadtax RM20 hinggit


Alamak dia lupa pulak nak bagi cover note... !!!!  so kene follow up segera.!!!


tayar baru Axia 4 bijik RM700



salam maya... lama beno tak mengisi sesuatu bahan dalam blog axia nie..

ceritanya, pada bulan ogos lepas, hati dok risau ketibaan bulan September yang akan di laksanakan SST , maka aku pun bergegas ke kedai tayar berdekatan untuk menukar
4 biji tayar axia lebih awal... 

Tadaaa.... kesemua 4 biji tayar jenis mechelin termasuk trade in tayar asal silverstone berjumlah RM 700.... maka selesai lah urusan tayar untuk tahun ini..  ( lepas ni road tax dgn insuran pulak mati...) 

( maaf gambar akan di update nanti)

Sunday, 29 April 2018

Servis axia kali ke 6/2018



Pada penghujung Mac 2018 lalu, sempat membuat temu janji dgn pihak SC Perodua utk membuat servis kali ke 5 pada 21 April 2018.

sehinggala lah pada 21 Aprl 2018 yang  lalu,  aku sampai ke pusat servis meskipun lewat 5 minit di sebabkan  tergendala oleh lampu isyarat/ jam ( alasan je tue ...)

Di pintu masuk sudah tertera senarai kenderaan yang telah membuat temujanji termasuklah perodua axia aku.. tak lama kemudian, pihak servis adviser memanggil nama bagi tujuan membuat ketetapan servis /harga...

Meskipun millegae belum mencecah cukup 10 K tetabi kiraan bulan tu dah cukup 6 bulan.  Hujung tahun lepas dah buat major, so kali ini servis untuk minor..   tak banyak perkara yang akan di buat selain tukar engine oil, gasket, oil filter.. tetapi bila cek pada servis major yang lalu, axia aku belum membuat servis aircond disebabkan milleage belum 30 K.

Mereka mencadangkan servis aircond bagi kereta baru di buat pada 30 K. Ok lah, itemnya termasuklah tukar minyak, masuk gas, upah dsb..    Sebelum terlupa aku minta sekali untuk tukar cover plastik di  bhgn kanan pemandu berdekatan dengan wind screen. setelah dia cek ( lama juga tu nak tgk part number  dsb )  item tersebut sebelah harganya Rm7.50 . Cuma kene tunggu part tersebut sempai, barulah boleh buat gantian.  Ada juga aku bertanya tentang lebihan  minyak engin yang aku kumpul setiap kali balik drpd pusat servis, servis adviser berkata lebihan minyak tersebut kalau di kumpul dan cukup  boleh guna balik utk servis... so boleh jimat kan..

Sementara menunggu kereta siap di servis, pihak pusat servis perodua ada menyediakan sarapan percuma yang ber sifat ala kadar  tetapi enak & mengenyangkan. Nasi lemak , kuih muih, minuman segera 3 dalam 1... hmmm cukup baik dah tu..

Hampir sejam lebih, maka kereta pun sudah sipa kereta di servis. Kesemua harga yang di cajkan adalah berjumlah RM326.90 + 7.50 .. Blink2.....

Apapun balik dgn keadaan kereta yang lebih sejuk  dan enjin yang lebih senyap... sekian shj..
Gambar tak sempat nak snap.. sekian.. tq krn membaca coretan ini..