Tolong Klikk , TQ !!! :-)
Sunday, 16 April 2017
Servis Axia kali ke-4
Setelah hampir seminggu lebih membuat temujanji untuk servis kereta, maka pada petang kelmarin ( 15 APRIL 2017), sebaik sahaja jam di tangan menunjukkan 2.30 petang, saya sudah sampai di pusat servis Perodua.
Setelah berbincang dengan servis adviser, maka saya pun menunggu kereta di servis. Apa yang di servis kali ini, ialah selain menukar minyak engin, gasket. Meraka juga akan mencuci "body engin" dan juga nozzle pembakaran. ( kata servis adviser ). air bateri & angin tayar masih ok katanya. Saya nak minta mereka pamkan gas nitrogen kepada keempat -empat tayar, tetapi ada sedikit masalah dengan ketiadaan pekerja yang membuat perkara teersebut
Saya juga memaklumkan beberapa masalah seperti, tuil bonet belakang yang rosak & menggantikan plastik cover di bahagian cermin depan sebelah kiri. - plastik tu kecil je, nak tukar sebab keadaannya yang tidak rapat., nampak tak cantik. tak tahu berapa kosnya nanti.
Setelah siap, semua caj yang dikenakan adalah berjumlah RM 232.++ ( tiada caj upah percuma lagi !!)
Semasa memandu pulang, terasa kelancaran enjin 1.0 axia ni... cuma yang tak puas hati, plastik cover yang saya cakap di atas, masih belum berganti, mungkin mereka tak faham bahagian mana yang saya maksudkan. Lepas ni, mungkin kene snap gambar dan tunjukkan, baru lah sampai mesej tersebut !!!
p/s: next servis pada bulan oktober 2017 !!!
Subscribe to:
Comments (Atom)