Tolong Klikk , TQ !!! :-)

Saturday, 1 October 2016

Servis Axia kali ke Dua 2016


Salam  siber buat semua...

Tanggal pada 1 Oktober 2016 nie, cukuplah masa nya untuk aku menghantar perodua Axia  untuk di servis kali ke-2. (walaupun meter miilegae tidak mencapai 17000 , tetapi tarikh nye sudah sampai)Hmm temujanji menerusi telefon sudah pun di buat lebih kurang seminggu yang lepas.

Sampai je ke SC ( Servis Centre), parking kereta dan masuk untuk register. Jam di tangan menunjukkan lebih kurang pukul 8:3++ am ... sementara  menunggu untuk dipanggil oleh SA ( servis Advisor) , sememangnya di situ telah disediakan sarapan secara ala-kadar  dengan percuma. 

Walaupun secara ala kadar, sebungkus nasi lemak sebiji karipap serta secawan kopi 3 in 1 ( bancuh sendiri) sudah cukup mengenyangkan.  Apa bila nama dipanggil oleh SA,  segala butiran yang akan di servis beserta jumlah harga di perjelaskan dengan detail kepada aku. Air bateri aku bawak siap2 balance masa servis haritu. 

Untuk servis kali ini, tiada lagi upah percuma, semuanya berjumlah lebih kurang RM 259.++ termasuk kos mengepam masuk gas nitrogen ke-empat2 tayar.  Lebih kurang hampir pukul 10 pagi semuanya telah selesai...

Alhamdulillah.... bolehlah bergerak untuk memenuhi masa cuti ini.. oh ya... lupa lagi saya uintuk snap gambar untuk di masukkan di sini..  Sebelum terlambat kepada semua muslimin dan muslimat .....

                                SELAMAT TAHUN  BARU 1438H.....

Monday, 28 March 2016

Axia service for first 3 month


Pada 26/3/2016 lepas, genaplah usia axia aku 3 bulan.  setelah 3 bulan berlalu ianya berjaya mencatat pemanduan sejauh 7007 km ( tak sampai pun 10k KM)

Apa yang diservis pada kali ini ialah menukar  minyak enjin, minyak gear, tambah air batteri, oil filter....  Hmm kesemuanya berjumlah RM212  tak termasuk upah...  ( upah free of charge utk kali ini sahaja !!!)

So, next servis ialah pada bulan 9/2016 nanti...

So far so good... cuma  oil comsumption masih tak puas hati kerana tak dapat 21 km per liter seperti yang depa iklan kan... cuma dapat dalam 15 km/liter jek...

Apapun bersyukur di atas apa yang ada...

ok, jumpa lagi... ( lupa nak snap gambar)...

Wednesday, 16 December 2015

SERVIS AXIA KALI PERTAMA


SALAM MAYA....

PADA 15/12  LEPAS... CUKUPLAH TEMPOH UNTUK KERETA AXIA AKU UNTUK DISERVIS BUAT KALI PERTAMA ,,,, SETELAH MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN PIHAK SC  ( SERVICE CENTRE), MAKA PADA WAKTU NYA SAMPAI LAH  DI SC TERSEBUT....

WOW, RAMAI JUGAK ORANG YANG DATANG UNTUK BUAT SERVIS KERETA PAGI NIE.. 

SETELAH DAFTAR MASUK, AKU PUN SEPERTI ORANG LAIN DUDUK MENUNGGU DI RUANG YANG DI SEDIAKAN SEBELUM NAMA DIPANGGIL UNTUK PROSES SETERUSNYA.

RUANG MENUNGGU  DI SC NIE, MMG SELESA, ADA TV DENGAN SIARAN ASTRO DAN JUGA SARAPAN PAGI !!!! BEE HON, KUIH MUIH, TEH DAN KOPI 3 IN 1, SERTA AIR PANAS /SEJUK TEMASUKLAH JUGA AISKRIM !!!

SAMBIL MENUNGGU LANTAS AKU PUN MENYELAK AKHBAR HARI INI UNTK MEMBACA BERITA.  ANTARA YANG MENARIK PERHATIAN AKU IALAH ADA MAKLUMAT TENTANG AXIA SEPERTI  GAMBAR DI BAWAH NIE...

HARGA AXIA STANDARD G BAKAL NAIK LAGI RM1500 !!!
 
LUPA  PULAK NAK BERI TAHU, UNTUK KALI PERTAMA NIE, 5000 KM ATAU 3 BUILAN PERTAMA, SEMUANYU PERCUMA.  JURUTEKNIK CUMA BUAT INSPECTION SAHAJA...
NEXT SERVIS ADALAH PADA BULAN 3 ./2016 PULAK... SEKIAN DULU !!

 
P/S: KENA DATANG AWAL. KALAU BOLEH PUKUL 830 PAGI . SEBAB FAKTOR MASA DAN KESESAKAN.. ADA ORANG DARI JAUH PUN SANGGUP DATANG KE PUSAT SC NIE!!!

Wednesday, 21 October 2015

HARGA PERODUA AXIA NAIK BERMULA OKTOBER 2015

Salam maya....

Sebenarnya dah lama nak  hebohkan berkenaan tajuk di atas.. Antara sebab saya menempah kereta axia agak "awal" adalah kerana faktor jangkaan kenaikan harga kenderaan tersebut...

INI BUKAN KERETA SAYA... TAPI WARNA SAMA.. :-)
kredit kepada: pandulaju.com & forumer cari.com

Setelah mendapat kereta agak cepat, iaitu taksampai  sebulan, Bulan berikutnya, iaitu oktober telah berlaku kenaikan harga terhadap model axia ini. Model yang terlibat adalah hanya model varian  standard G. bagi model2 yang lain harga tidak naik. ( agak banyak juga kenaikan tersebut, sekitar rm900++)
Sila lihat rajah di bawah...

KREDIT  kepada pandulaju.com & forumer cari.com

IHSAN DARI GOOGLE



Pemanduan Axia jimat minyak !!!


Salam Maya,..


Setelah lebih kurang 3 minggu menggunakan kereta axia. Apa yang dapat dikongsikan ialah, suatu pemanduan yang selesa dan menjimatkan. Start daripada mula2 ambil kereta di showroom Perodua, minyak yang telah diisi penuh hanya tinggal separuh sahaja setelah  kira2  dua minggu lebih menggunakannya. Baki minyak masih ada lagi. Cuma saya lupa nak chek kadar penjimatan tersebut untuk di letakkan disini.

Nanti saya coretkan lagi berkenaan dengan penjimatan minyak..

p/s: entry nie  lambat di postkan...sepatutnya entry nie sebelum post " REVIEW PERJALANAN  SEJAUH  66.6 km"... harap maklum..

Monday, 12 October 2015

REVIEW PERJALANAN SEJAUH 66.6 km


PADA KESELURUHANNYA... PERJALANAN SUNGGUH LANCAR.... WALAUPUN KEADAAN CUACA  BERHUJAN NAMUN TIADA MASALAH BESAR YANG DIHADAPI. 

CUMA KETIKA BERHENTI DI SEBUAH R N R AKU TERPERASAN LAMPU DEPAN SEMACAM ADA TOMPOK2 ALA KABUS.. LALU AKU TERPIKIR ADA AIR TELAH MASUK KEDALAMNYA...

SETELAH LAMA BERJALAN, AKU SINGGAH DI SEBUAH KEDAI MAKAN UNTUK MENGISI PERUT. AKU CUBA MENJENGOK LAMPU YANG ADA ALA2 KABUS TUE.. ( LAMPU DEPAN).  

RUPA2 SUDAH HILANG.... FUHH!!! LEGA SKET...

LAGI SATU, KETIKA TURUN BUKIT, KADANGKALA TERASA SEDIKIT "MEMBUANG" . KERETA KECIL AGAKNYA MEMANG TERASA BEGITU. NAMUN PERKARA TERSEBUT TIDAKLAH MENGANGGU PERJALANAN.. SEKIAN.. :-) KIPIDAP




Wednesday, 23 September 2015

BARU SAMPAI...


Salam Maya semua...


Syukur... semalam salesperson dah tel untuk ambil axia. Dalam pukul 2 pm bergerak ke showroom perodua. Sebelum tue check all the item dan kene  tandatangan untuk borang penerimaan.  Layanan yang bagus oleh salesperson. siap explain one by one item dan penggunaan beberapa fungsi dalam axia tue.. dan tentunya free gift yang dinanti2kan.. dapat la tank penuh minyak petrol, payung sekaki ehh sekaki payung.. apa lagi... voucher tinted Mgard dan steering lock  mcm kayu besboll tue..

Cuma sedikit curiga apabila check di bahagian engine.. Vibrate n shaking !!!.. aku suruh salseperson try tengok another axia engine. Sebab  dia kata semua sama macam tue.. Aik... kete yang dia  start tue pun vibrate tapi takde la sekuat kete axia aku tue.. any ways.. daia suruh aku bawa ke pusat servis untuk di periksa oleh encik pomen. 

So, balik la aku dengan sebuah axia hijau. Kemudian, singgah kat w/shop abg. din. minta tolong dia check apa kobondo enjin dok vibrate n shaking tue.!  Lepas dia tengok, dia kata tak de apa2 yang perlu risau.  ok je. mungkin kene buat tuning sket. buat nanti masa first service.


Keesokan harinya, dalam jam 9 30 ++ lebih aku bergerak ke pusat servis perodua untuk minta pomen chek. lepas dia tengok,  pomen bagi tau perkara tersebut ok, tiada masalah enjin dsb. Vibate tue terjadi kerana dia menggunakan enjin 3silinder. Pomen tue siap tunjuk enjin kete viva, yang mmg guna 3silinder. Memang ada vibrate..

Apa lagi nak cakap. Biar yang pakar berbicara memberi komen.. tak gitu kan..?  :-)
Lantas harinie pergi mencarai cover steering, window air press dan stiker cermin... oh , ya sebentar tadi pihak bank menelefon bertanyakan tentang kereta dan pasal loan.

Gambar x sempat nak snap... masa begitu pantas berlalu.....  ( kalau ada masa aku try attach)