Tolong Klikk , TQ !!! :-)
Monday, 28 March 2016
Axia service for first 3 month
Pada 26/3/2016 lepas, genaplah usia axia aku 3 bulan. setelah 3 bulan berlalu ianya berjaya mencatat pemanduan sejauh 7007 km ( tak sampai pun 10k KM)
Apa yang diservis pada kali ini ialah menukar minyak enjin, minyak gear, tambah air batteri, oil filter.... Hmm kesemuanya berjumlah RM212 tak termasuk upah... ( upah free of charge utk kali ini sahaja !!!)
So, next servis ialah pada bulan 9/2016 nanti...
So far so good... cuma oil comsumption masih tak puas hati kerana tak dapat 21 km per liter seperti yang depa iklan kan... cuma dapat dalam 15 km/liter jek...
Apapun bersyukur di atas apa yang ada...
ok, jumpa lagi... ( lupa nak snap gambar)...
Wednesday, 16 December 2015
SERVIS AXIA KALI PERTAMA
SALAM MAYA....
PADA 15/12 LEPAS... CUKUPLAH TEMPOH UNTUK KERETA AXIA AKU UNTUK DISERVIS BUAT KALI PERTAMA ,,,, SETELAH MEMBUAT TEMUJANJI DENGAN PIHAK SC ( SERVICE CENTRE), MAKA PADA WAKTU NYA SAMPAI LAH DI SC TERSEBUT....
WOW, RAMAI JUGAK ORANG YANG DATANG UNTUK BUAT SERVIS KERETA PAGI NIE..
SETELAH DAFTAR MASUK, AKU PUN SEPERTI ORANG LAIN DUDUK MENUNGGU DI RUANG YANG DI SEDIAKAN SEBELUM NAMA DIPANGGIL UNTUK PROSES SETERUSNYA.
RUANG MENUNGGU DI SC NIE, MMG SELESA, ADA TV DENGAN SIARAN ASTRO DAN JUGA SARAPAN PAGI !!!! BEE HON, KUIH MUIH, TEH DAN KOPI 3 IN 1, SERTA AIR PANAS /SEJUK TEMASUKLAH JUGA AISKRIM !!!
SAMBIL MENUNGGU LANTAS AKU PUN MENYELAK AKHBAR HARI INI UNTK MEMBACA BERITA. ANTARA YANG MENARIK PERHATIAN AKU IALAH ADA MAKLUMAT TENTANG AXIA SEPERTI GAMBAR DI BAWAH NIE...
![]() |
| HARGA AXIA STANDARD G BAKAL NAIK LAGI RM1500 !!! |
NEXT SERVIS ADALAH PADA BULAN 3 ./2016 PULAK... SEKIAN DULU !!
P/S: KENA DATANG AWAL. KALAU BOLEH PUKUL 830 PAGI . SEBAB FAKTOR MASA DAN KESESAKAN.. ADA ORANG DARI JAUH PUN SANGGUP DATANG KE PUSAT SC NIE!!!
Wednesday, 21 October 2015
HARGA PERODUA AXIA NAIK BERMULA OKTOBER 2015
Salam maya....
Sebenarnya dah lama nak hebohkan berkenaan tajuk di atas.. Antara sebab saya menempah kereta axia agak "awal" adalah kerana faktor jangkaan kenaikan harga kenderaan tersebut...
Setelah mendapat kereta agak cepat, iaitu taksampai sebulan, Bulan berikutnya, iaitu oktober telah berlaku kenaikan harga terhadap model axia ini. Model yang terlibat adalah hanya model varian standard G. bagi model2 yang lain harga tidak naik. ( agak banyak juga kenaikan tersebut, sekitar rm900++)
Sila lihat rajah di bawah...
Sebenarnya dah lama nak hebohkan berkenaan tajuk di atas.. Antara sebab saya menempah kereta axia agak "awal" adalah kerana faktor jangkaan kenaikan harga kenderaan tersebut...
| INI BUKAN KERETA SAYA... TAPI WARNA SAMA.. :-) kredit kepada: pandulaju.com & forumer cari.com |
Sila lihat rajah di bawah...
| KREDIT kepada pandulaju.com & forumer cari.com |
| IHSAN DARI GOOGLE |
Pemanduan Axia jimat minyak !!!
Salam Maya,..
Setelah lebih kurang 3 minggu menggunakan kereta axia. Apa yang dapat dikongsikan ialah, suatu pemanduan yang selesa dan menjimatkan. Start daripada mula2 ambil kereta di showroom Perodua, minyak yang telah diisi penuh hanya tinggal separuh sahaja setelah kira2 dua minggu lebih menggunakannya. Baki minyak masih ada lagi. Cuma saya lupa nak chek kadar penjimatan tersebut untuk di letakkan disini.
Nanti saya coretkan lagi berkenaan dengan penjimatan minyak..
p/s: entry nie lambat di postkan...sepatutnya entry nie sebelum post " REVIEW PERJALANAN SEJAUH 66.6 km"... harap maklum..
Monday, 12 October 2015
REVIEW PERJALANAN SEJAUH 66.6 km
PADA KESELURUHANNYA... PERJALANAN SUNGGUH LANCAR.... WALAUPUN KEADAAN CUACA BERHUJAN NAMUN TIADA MASALAH BESAR YANG DIHADAPI.
CUMA KETIKA BERHENTI DI SEBUAH R N R AKU TERPERASAN LAMPU DEPAN SEMACAM ADA TOMPOK2 ALA KABUS.. LALU AKU TERPIKIR ADA AIR TELAH MASUK KEDALAMNYA...
SETELAH LAMA BERJALAN, AKU SINGGAH DI SEBUAH KEDAI MAKAN UNTUK MENGISI PERUT. AKU CUBA MENJENGOK LAMPU YANG ADA ALA2 KABUS TUE.. ( LAMPU DEPAN).
RUPA2 SUDAH HILANG.... FUHH!!! LEGA SKET...
LAGI SATU, KETIKA TURUN BUKIT, KADANGKALA TERASA SEDIKIT "MEMBUANG" . KERETA KECIL AGAKNYA MEMANG TERASA BEGITU. NAMUN PERKARA TERSEBUT TIDAKLAH MENGANGGU PERJALANAN.. SEKIAN.. :-) KIPIDAP
Wednesday, 23 September 2015
BARU SAMPAI...
Salam Maya semua...
Syukur... semalam salesperson dah tel untuk ambil axia. Dalam pukul 2 pm bergerak ke showroom perodua. Sebelum tue check all the item dan kene tandatangan untuk borang penerimaan. Layanan yang bagus oleh salesperson. siap explain one by one item dan penggunaan beberapa fungsi dalam axia tue.. dan tentunya free gift yang dinanti2kan.. dapat la tank penuh minyak petrol, payung sekaki ehh sekaki payung.. apa lagi... voucher tinted Mgard dan steering lock mcm kayu besboll tue..
Cuma sedikit curiga apabila check di bahagian engine.. Vibrate n shaking !!!.. aku suruh salseperson try tengok another axia engine. Sebab dia kata semua sama macam tue.. Aik... kete yang dia start tue pun vibrate tapi takde la sekuat kete axia aku tue.. any ways.. daia suruh aku bawa ke pusat servis untuk di periksa oleh encik pomen.
So, balik la aku dengan sebuah axia hijau. Kemudian, singgah kat w/shop abg. din. minta tolong dia check apa kobondo enjin dok vibrate n shaking tue.! Lepas dia tengok, dia kata tak de apa2 yang perlu risau. ok je. mungkin kene buat tuning sket. buat nanti masa first service.
Keesokan harinya, dalam jam 9 30 ++ lebih aku bergerak ke pusat servis perodua untuk minta pomen chek. lepas dia tengok, pomen bagi tau perkara tersebut ok, tiada masalah enjin dsb. Vibate tue terjadi kerana dia menggunakan enjin 3silinder. Pomen tue siap tunjuk enjin kete viva, yang mmg guna 3silinder. Memang ada vibrate..
Apa lagi nak cakap. Biar yang pakar berbicara memberi komen.. tak gitu kan..? :-)
Lantas harinie pergi mencarai cover steering, window air press dan stiker cermin... oh , ya sebentar tadi pihak bank menelefon bertanyakan tentang kereta dan pasal loan.
Gambar x sempat nak snap... masa begitu pantas berlalu..... ( kalau ada masa aku try attach)
Sunday, 20 September 2015
SALAM PERMULAAN !!!
Apa khabar semua..?
Harap anda sekalian dalam keadaan baik seadanya.. Ini merupakan blog berkenaan kereta perodua axia saya. Sebenarnya ketika entry ini di tulis, kereta axia saya masih berada di pusat jualan. Insya-Allah esok saya akan pergi ke sana untuk membawa balik axia tersebut.
Pilihan saya adalah warna hijau metalik dalam kategori standard.
| KREDIT: paultan.org |
Bersama-samalah kita berkongsi info tentang kereta keluaran perodua ini untuk kebaikan bersama...
p/s : Adakah semua kereta axia mempunyai " vibrate engine " apabila mula di start..???
Subscribe to:
Posts (Atom)
